Friday, 23 November 2012
Posted by Unknown at 18:54 0 comments
Wednesday, 14 November 2012
SALAM MAAL HIJRAH
Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah...
Begitulah tema Maal Hijrah pada tahun ini. Adakah kita sudah bersedia melangkah ke tahun baru dengan azam dan semangat baru?
Bersama-samalah kita muhasabah diri sendiri.
Posted by Unknown at 19:25 0 comments
Tuesday, 13 November 2012
MARI BERWUDUK
PENGERTIAN
WUDHU’,
Dari segi
bahasa, wudhu’ ialah nama bagi sesuatu perbuatan menggunakan
air pada anggota-anggota tertentu.
Dari segi
syara‘, wudhu’ bermaksud membersihkan sesuatu yang
tertentu dengan beberapa perbuatan yang tertentu yang dimulakan
dengan niat, iaitu membasuh muka, membasuh kedua-dua belah tangan,
menyapu kepala dan akhirnya membasuh kedua belah kaki dengan syarat-syarat
dan rukun-rukun yang tertentu.
HUKUM WUDHU’
Hukum wudhu’
adalah seperti berikut:
1. Wajib atau
fardhu, iaitu ketika hendak menunaikan ibadah seperti sembahyang,
sama ada sembahyang fardhu atau sembahyang sunat, ketika hendak
melakukan tawaf Ka‘bah sama ada tawaf fardhu atau sunat,
ketika hendak menyentuh Al-Qur’an dan sebagainya.
2. Sunat.
Banyak perkara yang disunatkan berwudhu’, antaranya ialah
untuk membaca atau mendengar bacaan Al-Qur’an, membaca atau
mendengar bacaan hadith, membawa kitab tafsir, kitab hadith atau
kitab fiqh, melakukan azan, duduk di dalam masjid, melakukan tawaf
di ‘Arafah, melakukan sa‘i, menziarahi makam Rasulullah,
ketika hendak tidur, mengusung jenazah, malah disunatkan sentiasa
berada dalam keadaan berwudhu’ dan memperbaharui wudhu’.
HIKMAH
WUDHU’
Hikmah berwudhu’
ialah kerana anggota-anggota tersebut terdedah kepada kekotoran
yang zahir seperti habuk, debu dan lain-lain serta banyak terdedah
dengan dosa dan maksiat sama ada zahir atau batin.
FARDHU
WUDHU’
1. Berniat
ketika meratakan air ke seluruh muka. Niat wudu’ adalah
seperti berikut:
Maksudnya:
“Sahaja aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta‘ala”.
atau
Maksudnya:
“Sahaja aku berwudhu’ kerana Allah Ta‘ala”.
2. Membasuh
muka. Had atau batasan muka yang wajib dibasuh adalah dari tempat
tumbuh rambut di sebelah atas sehingga sampai kedua tulang dagu
sebelah bawah dan lintangannya adalah dari anak telinga hingga
ke anak telinga.
3. Membasuh
dua tangan hingga dua siku. Bagi orang yang tiada siku disunatkan
membasuh hujung anggota yang ada.
4. Menyapu
sedikit kepala. Boleh disapu di ubun-ubun atau lain-lain bahagian
rambut yang ada di dalam had atau kawasan kepala, tetapi yang
utamanya adalah menyapu seluruh kepala.
5. Membasuh
dua kaki hingga dua buku lali.
6. Tertib,
iaitu melakukan perbuatan itu daripada yang pertama hingga akhir
dengan teratur.
SYARAT-SYARAT
WUDHU’
Terdapat
dua syarat dalam wudhu’ iaitu syarat wajib dan syarat sah.
Syarat
Wajib Wudhu’
1. Islam.
2. Baligh.
3. Berakal.
4. Mampu menggunakan
air yang suci dan mencukupi.
5. Berlakunya
hadath.
6. Suci daripada
haidh dan nifas.
7. Kesempitan
waktu. Wudhu’ tidak diwajibkan ketika waktu yang panjang
tetapi diwajibkan ketika kesempitan waktu.
Syarat
Sah Wudhu’
1. Meratakan
air yang suci ke atas kulit, iaitu perbuatan meratakan air pada
seluruh anggota yang dibasuh hingga tiada bahagian yang tertinggal.
2. Menghilangkan
apa sahaja yang menghalang sampainya air ke anggota wudhu’.
3. Tidak terdapat
perkara-perkara yang boleh membatalkan wudhu’ seperti darah
haidh, nifas, air kencing dan seumpamanya.
4. Masuk waktu
sembahyang bagi orang yang berterusan dalam keadaan hadath seperti
orang yang menghidap kencing tidak lawas.
Selain itu,
terdapat beberapa syarat wudhu’ mengikut ulama’ mazhab
Syafi‘i, iaitu:
1. Islam.
2. Mumayyiz.
3. Suci daripada
haidh dan nifas.
4. Bersih
daripada apa sahaja yang boleh menghalang sampainya air ke kulit.
5. Mengetahui
kefardhuan wudhu’.
6. Tidak menganggap
sesuatu yang fardhu di dalam wudhu’ sebagai sunat.
7. Menghilangkan
najis ‘aini yang terdapat pada badan dan pakaian orang yang
berwudhu’.
8. Tidak terdapat
pada anggota wudhu’ bahan yang mengubahkan air.
9. Tidak mengaitkan
(ta‘liq) niat berwudhu’ dengan sesuatu.
10. Mengalirkan
air ke atas anggota wudhu’.
11. Masuk
waktu sembahyang bagi orang yang berhadath berterusan.
12. Muwalat,
iaitu berturutan.
SUNAT
WUDHU’
Perkara sunat
ketika berwudhu’ adalah sangat banyak, di antaranya ialah:
1. Membaca
“basmalah” iaitu lafaz
2. Membasuh
dua tapak tangan hingga pergelangan tangan.
3. Berkumur-kumur.
4. Memasukkan
air ke dalam hidung.
5. Menyapu
seluruh kepala.
6. Menyapu
dua telinga.
7. Menyelati
janggut yang tebal.
8. Mendahulukan
anggota yang kanan daripada yang kiri.
9. Menyelati
celah-celah anak jari tangan dan kaki.
10. Melebihkan
basuhan tangan dan kaki dari had yang wajib.
11. Mengulangi
perbuatan itu sebanyak tiga kali.
12. Berturut-turut
iaitu tidak berselang dengan perceraian yang lama di antara satu
anggota dengan anggota yang lain yang menyebabkan anggota itu
kering.
13. Menggosok
anggota wudhu’ supaya lebih bersih.
14. Bersugi
dengan sesuatu yang kesat.
15. Menghadap
qiblat.
16. Membaca
doa selepas berwudhu’, iaitu:
“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa dan tiada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hambaNya dan RasulNya. Wahai Tuhanku, jadikan aku dari golongan orang-orang yang bertaubat dan jadikan aku dari golongan orang-orang yang bersih.”
PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDHU’
1. Keluar sesuatu daripada lubang dubur atau qubul sama ada tahi, kencing, darah, nanah, cacing, angin, air mazi atau air wadi dan sebagainya melainkan air mani sendiri kerana apabila keluar mani diwajibkan mandi.
2. Tidur yang tidak tetap punggungnya, kecuali tidur dalam keadaan rapat kedua-dua papan punggung ke tempat duduk.
3. Hilang akal dengan sebab mabuk, gila, sakit, pengsan atau pitam kerana apabila hilang akal, seseorang itu tidak mengetahui keadaan dirinya.
4. Bersentuh kulit lelaki dengan perempuan yang halal nikah atau ajnabiyyah (bukan mahram) walaupun telah mati.
5. Menyentuh kemaluan (qubul dan dubur manusia) dengan perut tapak tangan walaupun kemaluan sendiri.
6. Murtad iaitu keluar dari agama Islam
Posted by Unknown at 06:33 0 comments